Rawatan Tapak Kaki | Refleksologi

PDF Converter    Send article as PDF   

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot.

jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut,tegang pada bahu dan masalah buang air besar

menurut kajian pakar perubatan moden, urutan atau rangsangan tertentu pada urat-urat saraf yang sebanyak 7200 di telapak kaki, boleh merangsang pengeluaran Endorphins (sejenis kimia yang dikeluarkan oleh tubuh badan secara semulajadi untuk mengurangkan kesakitan – natural painkillers), melancarkan peredaran darah pada seluruh organ-organ tubuh badan yang lain dan seterusnya menyembuhkan penyakit, baik yang baru atau lama dideritai, baik yang ringan atau yang kronis, secara berperingkat-peringkat.

Sakit yang teruk itu mostly berlaku di bahagian pinggang, kesan dari saraf di antara lumber 4 & 5 yang sudah tersepit. Apa yang saya dapati, kesakitan itu boleh dilegakan dengan melakukan urutan di tapak kaki, sebelum ini saya tidak mempunyai gambarajah yang sesuai untuk di ‘attach’ kan di sini bagi tujuan menjelaskan bahagian manakah yang perlu diberi perhatian. Sila rujuk gambar di bawah:-

Boleh sahaja amalkan urut refleksi sendiri di rumah, minta bantuan pembantu rumah, adik, ibu or suami(jika dia sudi)…untuk urutkan di kawasan tapak kaki. Tumpukan di 4 bahagian yang ditandakan seperti di atas dan lakukan di kedua-dua belah kaki selama 5 minit atau lebih, insyaAllah kesakitan & kelenguhan itu dapat dikurangkan.

Adalah lebih baik jika urutan itu dilakukan dalam keadaan kaki kita lurus, agar perjalanan darah lancar tanpa sebarang sekatan. Keadaan kaki yang membengkok kadangkala menyebabkan urutan sebegini tidak memberi faedah yang optimum dalam hal mengurangkan kesakitan. Selain itu, ia juga boleh diamalkan oleh orang biasa yang sering menderita sakit2 badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply